somewhere...

somewhere...

Rabu, 9 November 2011

♥♥n_n♥♥

A little girl and her father were crossing a bridge.

The father was kind of scared so he asked his little daughter:

"Sweetheart, please hold my
hand so that you don't fall into
the river."

The little girl said:

"No, Dad. You hold my hand."

"What's the difference?" Asked the puzzled father.

"There's a big difference," replied the little girl.

"If I hold your hand and
something happens to me,
chances are that I may let your
hand go.
But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go."

In any relationship,

the essence of trust is not in its
bind, but in its bond. So hold the hand of the person whom you love rather than expecting them to hold yours...

Ahad, 16 Oktober 2011

TO LET GO...

To let go does not mean to stop caring,
It means I can't do it for someone else.

To let go is not to cut myself off,
It's the realization I can't control
another.

To let go is not to enable,
But to allow learning from
natural consequences.

To let go is to admit
powerlessness, which means,
The outcome is not in my hands.

To let go is not to try to change
or blame another,
It's to make the most of myself.

To let go is not to care for,
But to care about.

To let go is not to fix,
But to be supportive.

To let go is not to judge,
But to allow another to be a
human being.

To let go is not to be in the
middle arranging all the outcomes,
But to allow others to affect their destinies.

To let go is not to be protective,
It's to permit another to face
reality.

To let go is not to deny,
But to accept.

To let go is not to nag, scold or
argue,
But instead to search out my own
shortcomings and correct them.

To let go is not to adjust
everything to my desires,
But to take each day as it comes
and cherish myself in it.

To let go is not to criticize or
regulate anybody,
But to try to become what I
dream I can be.

To let go is not to regret the past,
But to grow and live for the
future.

To let go is to fear less and love more...

Remember: The time to love is
short.

Jumaat, 14 Oktober 2011

JARAK ITU MENJAGA AKU DAN DIA

CINTA,

Semua insan dalam dunia ini
pasti pernah merasai perasaan
itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia.
Perasaan yang
kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa. Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai
manusia untuk merasai perasaan
itu. Cuma mungkin bagaimana
perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.

“Dijadikan indah pada (pandangan manusia kecintaan
kepada apa-apa yang diingini,
yaitu: wanita-wanita, anak-
anak,harta yang banyak dari jenis
emas, perak, kuda pilihan,
binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan
hidup di dunia, dan di sisi Allah-
lah tempat kembali yang baik (syurga).”
[Ali 'Imran, 3:14]

‘Dalam diam, perasaan itu
hadir di hatiku’

Seperti insan lain, aku jua
merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam
berputik, tetapi telah lama aku
pendam. Aku sering tertanya-
tanya salahkah untuk aku
mempunyai perasaan yang
bukan aku reka atau cipta,
perasaan yang hadirnya tak
pernah aku paksa, perasaan
yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa.

Namun dalam aku melangkah
menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku
khuatir andainya rasa cinta ini
melebihi rasa cintaku pada-
Nya.Aku khuatir andai rindu yang
aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat
dengan satu ikatan di dalam
hati.Ikatan yang tak perlu aku
dan dia lafaz melalui bicara
kata.Cukuplah rasa ini aku
pendam dan dia juga memendam
rasa yang sama. Jasad aku dan
dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu
menjauh. Kini, wajahnya pun
mungkin telah menjadi samar-
samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang
tidak menentu telah menjadi
rindu yang ada hala tuju.

‘Saat aku dan dia menjauh’

Pernah satu ketika dulu, aku
kecewa dengan keadaan ini. Aku
rasa seperti tidak sempurna
dengan ketidakhadiran dia disisi.Namun kini, aku mengerti
mengapa dia makin menjauh
dari aku. Aku hormat
keputusannya kerana aku tahu
semua ini dia lakukan demi
kebaikan aku dan dia.Teringat
aku bicaranya tentang kisah
kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali.
Dalam keadaan saling tidak
mengenali, perasaan yang tidak
disangka-sangka hadir dalam diri
kami. Sehingga kini, aku masih
tidak mengerti bagaimana
perasaan itu hadir dan
bercambah sehingga ke saat
ini.Oleh itu, aku mengerti
mungkin
pertemuan yang aneh ini harus
jua dilalui dengan jalan yang aneh.

Biarlah ‘JARAK’ ini menjadi
penjaga bagi aku dan dia. Biarlah
ingatanku tentang dia yang
makin samar-samar di dalam
hatiku menjadi penguat
hubungan aku dengan ya-Rabb.
Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami,
sejauh mana aku dan dia berlari
menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan
takdir antara kami nanti.

‘Jarak ini menjaga aku dan dia’

Kini aku semakin mengerti,
‘JARAK’ ini bukan untuk
menghukumku. Tetapi ‘JARAK’
ini untuk menjaga aku dan dia.
Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia
berjanji untuk berubah menjadi
yang lebih baik. Dengan JARAK
ini aku dan dia berjanji untuk
memperbaiki cinta kepada
Illahi.Dengan jarak ini aku dan
dia berjanji untuk mencintai
Pencipta kami lebih dari
segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk
mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.

Terima kasih Ya Allah kerana
memberi peluang kepadaku
melalui jalan-Mu ini. Terima
kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.

"Ketahuilah hanya dengan
mengingati Allah, hati akan
menjadi tenang"
(Ar-Ra’d 13:28 )

Aku sedar, aku insan yang masih
rapuh. Kadangkala hatiku goyah
melihat keadaan sekeliling yang
menekanku. Jika tidak kerana
JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang
wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga
hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia.

Khamis, 13 Oktober 2011

CINTA adalah KETIKA

ketika kamu tertawa oleh hal yang tidak lucu kerananya...

Ketika kamu sangat bahagia dengan hal yang sangat kecil kerananya...

ketika dia dapat membuat air matamu jatuh dengan sendirinya...

Ketika kamu menerima dia seperti adanya dirinya..

Ketika kamu memaafkan sebelum dia memintanya...

Ketika kamu mencintai tanpa mengharapkan balasannya...

Ketika kamu menunggunya meski dia tidak tahu...

Ketika kamu mengharapkannya meski dia tidak menginginkanmu...

Ketika kamu memberi apa yang tidak kamu miliki...

Ketika kamu menerima apa yang tidak kamu sukai darinya...

Ketika tiap detik fikiranmu selalu kepadanya...

Ketika hatimu telah tertutup
untuk orang lain...

Ketika hatimu berikrar untuk
bersama dia selamanya...

Ketika kamu tetap mencintainya tak kenal waktu...

Ketika kamu menangis melebihi tangisannya...

Ketika kamu bahagia bila dia
telah bahagia...

Ketika kamu mencintai hingga detik terakhir hidupmu...

Dengan atau tanpanya..
Sampai hari terakhirmu...

Jumaat, 15 Julai 2011

sesuatu yang terjadi...

banyak benda yang berlaku tahun ni...dari yang kecil2 sampai yang besar2...tahun yang pelik...apa yang terjadi..terjadi la..malas nak fikir panjang2...yang dah berlaku,tak dapat diulang semula...huhu...hidup mesti diteruskan...harap2...semua jadi lebih baik..

Selasa, 28 Jun 2011

MENGKRITIK,MENGHUKUM,MERUNGUT...

3 benda yang tidak dapat dipisahkan.Sikap suka mengkritik,menghukum,dan merungut.Biasanya sikap ini wujud dalam kalangan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Wajar atau tidak sikap ini, nilailah sendiri setelah anda membaca petikan artikel yang telah muncul sebagai tajuk rencana dalam majalah People's Home Journal.Petikan artikel ini adalah ringkasan yang telah dimuatkan dalam Reader's Digest:

                                         AYAH LUPA ( FATHER FORGETS )  oleh W. Livingston Larned

Dengarlah, anakku! Aku mengatakan hal ini ketika kau terbaring tidur.Di pipimu ada bekas cakaran kecil dan di dahimu yang lebar terdapat rambut keritingmu yang basah.
Secara diam-diam aku memasuki bilikmu.Beberapa ketika sebelum itu, sewaktu aku membaca surat khabar di bilik bacaan, tiba-tiba aku didatangi rasa kesal yang amat sangat.Dengan perasaan bersalah itu, aku mendekati katilmu.
Dalam diri aku berkecamuk fikiran : aku bertindak kasar terhadapmu,anakku. Aku membentakmu sewaktu kau memakai pakaian untuk pergi ke sekolah kerana kamu hanya mencuci muka sahaja. Aku menghukum kamu kerana tidak membersihkan kasutmu. Aku marah-marah sewaktu kamu menyelerakkan barang-barangmu di lantai.
Pada waktu sarapan aku juga menemui kesalahanmu. Kamu selerakkan barang-barang. Kamu tumpahkan makananmu.Kamu letakkan dagumu di meja. Keju yang kamu sapukan pada roti terlalu tebal. Dan sewaktu kamu pergi bermain dan aku mahu pergi bekerja menaiki keretapi, kamu berpusing, melambai-lambaikan tangan dan berteriak, "Selamat jalan,Ayah!" Dahiku berkerut, lalu menjawab, "pusingkan bahu kamu!"
Pada waktu petang berulang lagi perkara seperti itu. Sewaktu aku sampai di jalan, aku melihat kamu sedang bermain guli sambil berlutut. Sarung kakimu berlubang-lubang. Aku memarahimu di hadapan teman-temanmu dan menyuruhmu berjalan pulang di hadapanku.
Sarung kaki itu mahal - dan sekiranya kamu membelinya dengan wangmu sendiri, kamu tentu akan lebih berhati-hati! Anakku, ingatlah bahawa kata-kata ini adalah daripada seorang ayah!
Ingatkah kamu,waktu aku membaca di bilik bacaan, kamu datang dengan ketakutan dan wajahmu kelihatan seolah-olah mengalami kesakitan? Waktu itu aku sibuk membaca, kamu ragu-ragu berada di pintu. "Apa yang kamu mahu?" sergah aku.
Kamu tidak berkata apa-apa,tetapi terus berlari ke arahku dan merangkul kuat-kuat lalu menciumku. Tangan mungilmu merengkuh dengan kelembutan yang diberikan oleh Tuhan dalam dirimu, bahkan tidak boleh diacuhkan oleh seseorang yang sama sekali tidak memberikan perhatian. Dan kemudian kamu pergi naik,naik ke tingkat atas.
Tidak lama selepas itu, Anakku, suratkhabar yang aku baca terjatuh dan tiba-tiba aku berasa cemas sekali. Apakah kebiasaan yang merasuk diriku? Kebiasaan mencari-cari kesalahan, memaksa - inilah hadiahku kepadamu sebagai anak lelaki. Itu bukan kerana aku tidak menyayangimu; melainkan aku sangat mengharapkan masa mudamu. Aku mengukur dirimu dengan ukuran yang berlaku pada masaku.
Dan demikian banyak yang baik dan lembut serta benar dalam perwatakanmu. hatimu yang kecil ternyata mencakupi luas sekali, seluas cakerawala. Ini ternyata ketika kamu secara spontan bergegas berlari dan menciumku sebagai ucapan selamat malam. Malam ini, hanya kamu yang aku fikirkan, Anakku. Aku telah berada di katilmu dalam kegelapan dan aku berlutut di situ, malu kepada diriku sendiri!
Ini memang suatu penyesalan yang lemah: aku tahu kamu tidak akan mengerti ini semua sekiranya aku katakan kepadamu. Tetapi esok aku akan bersungguh-sungguhmenjadi seorang ayah! Aku akan berpadu denganmu, menderita apabila kamu menderita dan tertawa jika kamu tertawa.Lidah akan ku tahan,kalau ada kata-kata yang kurang sabar. Aku akan terus mengucapkannya seakan-akan ianya adalah suatu kebiasaan: Beliau masih kanak-kanak,Anak kecil!
Aku khuatir sekiranya telah memperlakukanmu sebagai seorang dewasa.Namun ketika aku memandangmu sekarang,anakku, tidur meringkuk dan kelihatan letih di sebalik selimutmu,aku menyedari bahawa kamu masih kanak-kanak. Kelmarin kamu masih didukung oleh ibumu,kepalamu di bahunya. Aku telah menuntut terlalu banyak.

Seringkali terdengar ibu bapa mengherdik atau memarahi anak-anak mereka walaupun atas sebab-sebab yang remeh-temeh. Ada juga ibu bapa yang sering membandingkan anak-anak dengan rakan-rakan sebaya. "Cuba kamu tengok si Ana,anak jiran sebelah,ibunya tidak pernah marah-marah macam mak.Kamu ni, pemalas.Tiap hari mak terpaksa membebel" Apa agaknya perasaan si anak ketika itu? Adakah dia akan terus mengubah sikapnya?
Cara yang lebih baik adalah memberi galakan kepada anak-anak untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat.
Jangan memperlakukan anak-anak kecil seperti orang dewasa.

Jumaat, 31 Disember 2010

Syabas! Harimau Malaya!

Perlawanan Akhir Kedua di Glora Bung Karno mendebarkan para penyokong kedua negara.Fuh! Aku pun berdebar juga menunggu sepak mula sehinggalah pemain negara menjaringkan gol pertama. Walaupun hanya melihat dari kaca tv, tapi seperti dapat juga merasa suasana gamat di stadium.hehehe... Walaupun Harimau tewas 2-1 kepada Garuda dalam perlawanan pada malam itu , namun Harimau berjaya membawa balik piala AFF SUZUKI 2010. Tahniah! Penutup tirai 2010 yang sangat membanggakan. Jumaat 31hb diisytiharkan cuti umum! Hehe

p/s- x nmpk kmunculan pny0k0ng garuda d fb mlm 2.. Huhuhu...peace!